NEW DELHI 29 Mei – Sekurang-kurangnya 47 maut akibat dipanah petir semalam ekoran cuaca buruk di utara negara ini. Pegawai Pengurusan Bencana di Uttar Pradesh, Bihar dan Jharkhand, Yoginder Singh memaklumkan Bihar paling teruk terjejas ekoran angin kencang dan petir. “Sekurang-kurangnya 19 orang disahkan meninggal dunia, 11 daripadanya akibat dipanah petir,’’ katanya. Cuaca buruk turut melanda Uttar Pradesh yang membawa angin kencang sehingga 70 kilometer sejam. Seorang pegawai Jabatan Pengurusan Bencana Uttar Pradesh, T.P. Gupta berkata, seramai 15 orang terbunuh semalam akibat dipanah petir dan angin kencang. Seramai 10 mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya