JOHOR BAHRU – Kobis bulat import dari China dan cili hijau tempatan adalah antara 28 jenis barangan di negeri ini yang dikesan naik harga sejak operasi pemantauan harga pasaran dilakukan pihak berkuasa sejak empat hari lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Johor Aris Mamat berkata, pihaknya mengesan peningkatan harga antara empat hingga 50 peratus bagi 28 jenis barangan itu yang termasuk dalam 71 barangan yang…











