PETALING JAYA – Nissan Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu yang dilancarkan oleh pengedar tunggal dan pemasang kenderaan Nissan di negara ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) semalam telahpun mendapat kira-kira 1,300 tempahan. Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, jentera itu kekal popular dalam kalangan pengguna sejak ia mula diperkenalkan bagi pasaran tempatan pada 2013, malah turut mengekalkan dominasi dalam pasaran Jepun apabila kenderaan tersebut telahpun dijual…










