10 portfolio kerajaan Johor - Utusan Malaysia

10 portfolio kerajaan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 11 Mei – Barisan Exco bagi kerajaan negeri yang baharu akan dibentuk dan dimuktamadkan selepas perlantikan Menteri Besar yang baharu.

Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 10 Exco akan dipilih untuk memenuhi portfolio yang sedia diisikan untuk membantu mengurus tadbir negeri ini.

“Kita akan rundingkan dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan berapakah bilangan setiap parti untuk (mengisi) portfolio mana dan perubahan-perubahan nama portfolio. Ini akan kita putuskan selepas Menteri Besar baharu ambil alih jawatan dan memulakan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Hotel Le Grandeur, Senai di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×