PARIS 24 Mei – Seramai 10 buah keluarga dari Eropah, Kenya dan Fiji memfaikan saman terhadap Kesatuan Eropah (EU) berikutan ancaman pemanasan global yang berlaku ke atas kediaman dan mata pencarian mereka. Mereka menegaskan bahawa EU perlu melakukan sesuatu untuk mengehadkan perubahan iklim yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau dan menyumbang kepada kemarau, pencairan glasier, peningkatan paras air laut dan banjir. Kesemua plaintif yang hadir di Mahkamah Keadilan Eropah…










