Zon penampan selamatkan kelip-kelip - Utusan Malaysia

Zon penampan selamatkan kelip-kelip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor telah menurun seba­nyak 42 peratus dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2007.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, hal itu terjadi disebabkan habitat semula jadi serangga itu telah terganggu lantaran aktiviti pembukaan tanah di sepanjang Sungai Se­langor.

Beliau menjelaskan, pembukaan tanah di sepanjang sungai itu yang dikhaskan untuk tanaman kelapa sawit menjadi faktor utama sumber makanan larva kelip-kelip iaitu siput daripada spesies Cyclotropis carinata semakin berkurangan.

“Kira-kira 50 peratus habitat siput di kawasan itu yang bergantung hidup kepada persekitaran tanah lembab dan pokok sagu sebagai sumber makanan telah musnah disebabkan pembukaan ladang kelapa sawit yang telah menukar ekosistem kawasan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×