Wehrlein beralih ke saingan DTM - Utusan Malaysia

Wehrlein beralih ke saingan DTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Pascal Wehrlein kembali dalam kancah Kejuaraan German Touring Car (DTM) selepas gagal mendapat tempat bersama pasukan Sauber musim ini.

Pelumba kelahiran Jerman itu bakal beraksi bersama pasukan Mercedes pada perlumbaan DTM 2018 selepas posisinya dalam saingan F1 diambil alih oleh juara Formula 2, Charles Leclerc.

Bagaimanapun, Wehrlen mengakui punca utama dia gagal bertahan pada perlumbaan termahal dunia itu disebabkan faktor kewangan yang kurang baik sekali gus terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi dalam perlumbaan F1.

Meskipun kecewa, pelumba berusia 23 tahun itu tetap memasang impian untuk kembali pada perlumbaan F1 sekali lagi masa depan.

“Segala keputusan di luar jangkaan saya. Kami gagal untuk mendapatkan €15 juta (RM72 juta) dan jika kami berjaya mendapatkan sejumlah wang ber­kenaan sudah pasti saya akan kekal berlumba pada perlumbaan F1.

“Sudah pasti keputusan yang terpaksa saya terima ini sangat mengecewakan tetapi saya perlu menerima dengan hati terbuka. Bagaimanapun, semangat saya masih belum padam dan tetap bercita-cita untuk kembali pada perlumbaan berprestij itu,” katanya.

Selain perlumbaan DTM, Wehrlein juga sedang mempertimbangkan untuk beraksi pada perlumbaan lain dan salah satunya Super Formula.

Wehrlein menjadi juara DTM termuda pada 2015 dan pelumba Jerman itu mendapat tawaran untuk beraksi bersama pasukan F1 Manor Racing bersama Rio Haryanto pada musim 2016. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×