PONTIAN 12 Feb. – Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah ini, Januari tahun lalu. Tertuduh, Mohammad Khalifah Yahya, 24, Abdul Shukur Abdul Ghani, 26, dan S. Ragu, 38, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Azlan Bohari. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh. Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga penganggur itu didakwa secara bersama-sama membunuh Jaiman Sapar, 53, di halaman sebuah rumah tidak bernombor di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong dekat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya