KUALA LUMPUR 12 Feb. – Berpantang maut sebelum ajal. Tindakan pantas sekumpulan lelaki berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki ketika cuba terjun dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di sebuah wilayah di Turki. Dalam video berdurasi 1 minit 38 saat yang dikongsikan seorang guru, Leyla Ogretman itu, lima orang lelaki dilihat bergegas menunggu di tingkat paling bawah pangsapuri berkenaan sebaik sahaja melihat kanak-kanak itu tersangkut di bahagian tingkap rumahnya. Salah seorang daripada…










