KUALA LUMPUR 13 Feb. – Penyertaan Khairy Jamaluddin sendiri untuk bersama-sama menyediakan hidangan di sebuah restoran Cina menerusi satu klip video bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina menarik perhatian netizen. Dalam klip video yang dimuat naik di akaun sosial beliau, Khairy bersama anak lelakinya, Jibreil membawa seekor ikan ke restoran Mui Fong di pekan Rembau, Negeri Sembilan dan meminta pemilik premis berkenaan, Yin Fah untuk menyediakan masakan. Fah kemudiannya menunjukkan…