[VIDEO] Kanak-kanak 11 tahun terlibat kes curi pasar raya - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kanak-kanak 11 tahun terlibat kes curi pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 14 Feb. – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan ibu bapanya antara 11 suspek yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket curi barangan di pasar raya sekitar daerah ini.

Video Oleh Fauzi Suhaimi

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, suspek tiga beranak tersebut ditahan di kediaman mereka di penempatan Telipok, di sini Sabtu lalu.

Menurutnya, selain tiga suspek, polis turut menahan enam individu lain yang dipercayai anggota sindiket di dua buah rumah di penempatan yang sama.

Susulan tangkapan itu ujarnya, dua lagi suspek lelaki warga Pakistan turut ditahan di sebuah  kedai di Tuaran yang dipercayai pembeli barangan curi sindiket itu.

“Tangkapan terdiri daripada tiga wanita dan lapan lelaki berusia antara 11 hingga 48 tahun.

“Sindiket terancang itu menyasarkan pasar raya yang mempunyai kawalan keselamatan yang lemah dan barangan yang diambil terdiri daripada barangan kosmetik, penjagaan diri dan pakaian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×