SHAH ALAM 14 Feb. – Jenazah pelakon veteran dan pendakwah terkenal, Mohd. Azmil Mustapha yang kembali ke rahmatullah tengah hari ini dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Allahyarham Mohd. Azmil, 65, dibawa menaiki van jenazah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang dari kediamannya di Kondominium Sri Permata, Seksyen 9, di sini untuk diurus dan disembahyangkan dijangka selepas solat asar. Turut…