[VIDEO] Dana RM10 juta lahirkan 1,000 usahawan Mobilepreneur@KKLW - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dana RM10 juta lahirkan 1,000 usahawan Mobilepreneur@KKLW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 13 Feb. – Kementerian Kemajuan Luar Ban­dar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi membuka peluang pe­kerjaan kepada golongan belia menerusi Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur@KKLW) sepanjang tahun ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,000 usahawan dapat diwujudkan khususnya di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, pro­gram tersebut bagi membantu golongan be­lia lepasan Giat Mara yang mempunyai kemahiran dalam menja­lankan perniagaan melalui per­khidmatan tanpa memerlukan modal yang besar.

“Program ini dimulakan sejak tahun 2016 lagi apabila kerajaan melancarkan program tranformasi luar bandar telah berjaya melahirkan sebanyak 500 Mobi­lepreneur@KKLW.

“Melihat kepada kejayaan itu, inisiatif diwujudkan Perda­na Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperuntukan sebanyak RM30 juta dalam Bajet 2017 dan berjaya melahirkan sebanyak 3,000 Mobilepreneur@KKLW di seluruh negara,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Mobilepreneur@KKLW peringkat Negeri Sa­bah di sini hari ini.


Video Oleh FUZI SUHAIMI

Terdahulu majlis ter­sebut disempurna­kan Ketua Menteri Sa­bah, Tan Sri Musa Aman.

Yang turut hadir Tim­balan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.

Sementara itu, Mu­sa berkata, sebanyak 291 Mobilepreneur@KKLW dari negeri ini akan menerima manfaat 155 buah motosikal daripada Giat Mara manakala 136 adalah daripada Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC).

“Untuk hari ini, seramai 136 penerima akan menerima manfaat ini untuk kegunaan perniagaan masing-masing dan ba­ki­nya akan diserahkan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×