KUALA LUMPUR 8 Feb.- Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melancarkan iklan terbaru sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018. Iklan yang mempunyai versi 60 saat dan tiga minit itu mengisahkan bagaimana tiga adik-beradik pernah meraikan tahun baharu dengan gembira namun ketaksuban menggunakan telefon pintar menjadikan sambutan tidak meriah seperti dahulu. Ini mendorong adik-beradik tersebut mencari jalan untuk memeriahkan sambutan tahun baharu di kawasan kejiranan mereka sama seperti sambutan yang dibuat…