SEREMBAN – Siasatan awal berhubung kes seorang pelajar maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman , Gemas, semalam, mendapati tidak terdapat unsur-unsur jenayah. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, walaubagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan dalam segala aspek. “Kami akan bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran seperti Jabatan Kerja Raya dan Unit Forensik, untuk mengenal pasti bagaimana kejadian ini boleh berlaku. “Seperti…