Soniia mudah sumbang mata - Utusan Malaysia

Soniia mudah sumbang mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 7 Feb. – Perseorangan wanita, Soniia Cheah mudah meraih mata pertama buat Malaysia selepas menang dalam aksi pertama kumpulan Y menentang Filipina pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu mengambil masa hanya 27 minit untuk menundukkan Sarah Joy Baredo 21-7, 21-6.

Soniia berkata, dia sama sekali tidak memandang rendah cabaran lawannya meskipun pemain itu bukan dalam kalangan pencabar utama kerana dia perlu menyumbang mata penting buat Malaysia.

“Berbanding semalam, permainan hari ini lebih baik dan saya sudah mula menemui rentak permainan dan berharap dapat dikekalkan untuk perlawanan esok menentang Thailand,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.

Mengulas mengenai pertemuan esok, Soniia berhasrat untuk melunaskan dendamnya ke atas Nitchaon Jindapol selepas tewas kepada pemain itu sebanyak dua kali dengan kali terakhir di Thailand Masters, bulan lalu.

“Esok saya akan berdepan perlawanan paling sengit dan sudah pasti saya mahu beraksi sebaik mungkin kerana mahu melunaskan dendam saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×