KUALA LUMPUR – Pelakon Sofi Jikan menyifatkan penahanannya selama tiga hari bermula Rabu lalu selepas didapati positif dadah jenis ganja adalah ujian daripada Allah. Sofi berkata demikian ketika ditemui petugas media sejurus dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman tiga hari bermula Rabu lalu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi. “Saya bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah saya dibebaskan hari ini. Ini adalah ujian daripada Allah untuk kita semua hamba-Nya…