PARIS 7 Feb. – Satu kajian mendapati semut secara semula jadi menghasilkan bahan pembunuh bakteria dan kulat, sekali gus memberi harapan bahawa serangga itu boleh dijadikan ‘kilang’ ubat untuk manusia. Kemampuan farmaseutikal luar biasa semut itu ditemukan ketika keberkesanan antibiotik yang dihasilkan oleh manusia semakin berkurangan dalam tempoh 100 tahun lalu ekoran kekebalan kuman semakin meningkat. Sebuah pasukan dalam laporannya dalam jurnal Royal Society Open Science menyatakan, kajian menggunakan 20…










