SEREMBAN – Pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) hari ini didesak mengadakan rundingan semula dalam isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi. Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Baharuddin Ahmad berkata, rundingan tersebut akan melibatkan ketegasan parti berkenaan untuk menambah empat lagi kerusi DUN untuk PPBM berbanding enam kerusi DUN yang…










