TOKYO 6 Feb. – Majlis perkahwinan cucu paling tua Raja Akihito iaitu Puteri Mako dengan pasangannya terpaksa ditangguh sehingga 2020 ekoran persiapan yang masih belum mencukupi.
Mako dan Kei Komuro yang masing-masing berusia 26 tahun dijadualkan bertunang secara rasmi dalam upacara tradisional pada bulan depan sebelum majlis perkahwinan berlangsung 4 November tahun ini.
Bagaimanapun, pasangan itu membuat keputusan untuk menangguhkan majlis tersebut kerana tidak mempunyai masa yang cukup bagi membuat persiapan. – AFP







