KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil di sini berjaya disiapkan 17 bulan lebih awal berbanding sasaran pada Mei 2019. Menurut Perdana Menteri, pihak pemaju iaitu Tetuan Aset Kayamas Sdn. Bhd. membangunkan projek tersebut tanpa menggunakan sebarang perbelanjaan daripada kerajaan kerana ia dilaksanakan di bawah kaedah subsidi bersilang. “Projek ini dilaksanakan secara 60:40 iaitu 60 peratus dengan keluasan 7.67 ekar…










