Pewartaan Taman Negeri Tanah Bencah Setiu mampu jana pendapatan komuniti setempat - Utusan Malaysia

Pewartaan Taman Negeri Tanah Bencah Setiu mampu jana pendapatan komuniti setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yakin pewartaan sebahagian daripada kawasan Tanah Bencah Setiu yang kaya dengan sumber alam semula jadi sebagai taman negeri mampu menjana pendapatan komuniti setempat. 

Baginda bertitah, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dikomersialkan seperti penternakan lebah madu, pembuatan tikar kercut, industri kecil pembuatan makanan, penternakan tiram, keram dan ketam selain sebagai tapak pembenihan akuakultur. 

“Pelancaran Boardwalk Setiu merupakan mukadimah dalam memperkenalkan khazanah alam ini bukan sahaja kepada pelancong luar malah ia perlu membuka minda masyarakat setempat mengenai betapa pentingnya memulihara kelestarian dan mengekalkan biodiversiti kehidupan yang merupakan habitat semula jadi flora dan fauna. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selaras dengan hasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pelancongan, beta berharap Terengganu lebih terkenal bukan sahaja sebagai destinasi pantai, pulau, seni budaya dan warisan malahan sebagai destinasi eko-pelancongan terunggul di rantau ini,” titah baginda ketika merasmikan laluan pejalan kaki, Boardwalk Setiu di Kampung Pengkalan Gelap di sini hari ini. 

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×