CUACA panas terik sehingga suhunya melebihi 30 darjah selsius merupakan ciri unik bagi Perlis. Lebih unik apabila pada sebelah malamnya pula, suhunya boleh jatuh sehingga mencecah 25 darjah selsius disebabkan kehadiran angin timur. Faktor itulah menyebabkan mempelam harumanis yang digelar tanaman ikon, hidup subur dan sesuai ditanam di negeri paling utara di Semenanjung ini. Sebenarnya banyak jenis tanaman sesuai tumbuh subur dengan kelebihan cuaca sedemikian yang dikurniakan Allah SWT. Antaranya…