Percikan api punca kebakaran - Utusan Malaysia

Percikan api punca kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Asap tebal menyelubungi ruang udara bandar raya Petaling Jaya semalam selepas bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 58 tahun di Jalan Gasing di sisni terbakar.

Kebakaran bangunan yang menempatkan kira-kira 700 pekerja itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Persekutuan ekoran ramai pemandu memberhentikan kenderaan bagi merakam gambar api yang sedang marak menjulang di bangunan setinggi enam tingkat itu.

Bahagian luar bangunan itu terjejas akibat menggunakan dinding bahan mudah terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Soiman Jahid berkata, kebakaran itu berpunca daripada percikan api ketika kerja-kerja penyenggaraan dilakukan di tingkat satu bangunan terbabit.

Katanya, bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan penebat haba jenis polyfoam yang mudah terbakar dan tidak diluluskan untuk membuat bangunan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×