RANAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah lori di Jambatan Tamu Liwagu di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Sofian Ahmin, 22, dipercayai gagal mengawal motosikalnya sehingga masuk ke laluan bertentangan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang membonceng motosikal berkenaan pula mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata, penunggang motosikal maut di lokasi kejadian manakala pembonceng mengalami kecederaan patah kaki kanan dan pergelangan tangan kiri. “Sebelum insiden, mangsa sedang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya