SABAK BERNAM 13 Feb. – Seorang pemandu lori tangki berusia 61 tahun cedera di bahagian kepala dan badan selepas kenderaan yang dipandunya terbalik dipercayai selepas melanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Haji Dorani, di sini petang ini. Sebelum kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah laluan yang sama menuju ke Sabak Bernam dari Tanjong Karang. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa…










