Pelbagai menu food truck meriahkan WUF9 - Utusan Malaysia

Pelbagai menu food truck meriahkan WUF9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Sebanyak 20 usahawan food truck mengambil bahagian sempena Karnival Food Truck Hari Wilayah Persekutuan 2018 serentak dengan penganjuran Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penganjurannya bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu diharap dapat melonjak minat warga kota ke arah cara baharu konsep penjaja di bandar raya.

Katanya, peniaga yang terlibat juga wajib menyediakan satu menu rakyat dalam pelbagai variasi makanan dan dijual pada harga RM5. Penyelarasan harga itu bagi menangkis tanggapan orang ramai berkenaan harga mahal dijual usahawan bergerak tersebut.

“Setakat kini lebih 220 lesen penjaja food truck telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kita menyasarkan kira-kira 1,000 lesen akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini,” katanya yang turut melancarkan aplikasi bayaran pintar, VCashy di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN