Pahit getir enam bulan kini terbayar - Utusan Malaysia

Pahit getir enam bulan kini terbayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 10 Feb.- – Sebanyak 614 Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menamatkan kursus asas ketenteraan setrusnya layak untuk berkhidmat dalam pasukan itu.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua perajurit tersebut yang terdiri daripada 562 lelaki dan 52 wanita berjaya menamatkan latihan selepas menjalani fasa pertama dalam asas ketenteraan selama 24 minggu di Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail pada 28 Ogos tahun lalu.

Katanya, perbarisan terdiri dari 10 Divisyen telah disempurnakan Asisten Ketua Staf Materiel, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammed Ariff Mahru selaku Laksamana Pemeriksa.

“Sepanjang tempoh latihan asas mereka dikehendaki mengikuti peraturan-peraturan dan rutin yang perlu dipatuhi berdasarkan silibus dan piawaian tertentu.

“Mereka mengikuti latihan asas di sini dengan pendedahan kepada cara hidup dan tradisi tentera laut serta diberi pelajaran asas ketenteraan berteraskan Sistem Latihan Berkaedah yang diperkenalkan TLDM,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammed turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kepada Laskar Muda Muhammad Najibullah Samsul Ariffin yang dinobatkan Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Lelaki dan Laskar Muda Farah Syazwani Ramli sebagai Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Wanita.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×