OneRepublic kembali beraksi di Malaysia - Utusan Malaysia

OneRepublic kembali beraksi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Kumpulan OneRepublic yang berasal dari Amerika Syarikat dan popular dengan lagu Counting Stars bakal kembali beraksi di Malaysia.

KUMPULAN OneRepublic akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 April ini.

OneRepublic yang dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Brent Kutzle (bes/selo/vokalis) dan Eddie Fisher (dram) akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 April 2018.

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment itu merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak OneRepublic di Asia dan lokasi konsert akan diumumkan kelak.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002 itu cukup popular dengan lagu-lagu hit seperti Dreaming Out Loud, If I Lose Myself

dan Apologize.

Kehadiran OneRepublic selepas lima tahun mengadakan konsert di sini pasti menghiburkan para peminat yang sudah lama merindui untuk melihat aksi mereka secara langsung.

OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah berprestij dan menerima pencalonan dalam Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards telah menghasilkan empat buat album dan terakhir adalah Oh My My yang diterbitkan pada Oktober 2016.

Maklumat lanjut tentang konsert kumpulan ini boleh diikuti di Facebook @WGW Entertainment. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×