KUALA LUMPUR – Pelakon Fauziah Ahmad Daud menyifatkan Allahyarham Azmil Mustapha sebagai seorang pelindung seperti abang kandungnya sendiri. “Ali Setan sudah tiada. Tiada lagi orang yang akan memanggil saya dengan nama Asmidar. Saya akan selalu merindui keramahan, senyuman dan ketawanya. Semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang beriman,” katanya yang juga dikenali Ogy Ahmad Daud ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. Sementara pengarah, Othman Hafsham, 79, terkejut menerima berita pemergian hero…