KUALA LUMPUR – Nestle Malaysia hari ini menyangkal dakwaan produk Milonya mengandungi kadar gula yang tinggi. Sebaliknya kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Halal syarikat Othman Md Yusoff, jika pengguna mengambil minuman itu mengikut cadangan hidangan, kandungan gula hanya sekitar enam peratus. “Kandungan 40 peratus gula (setiap hidangan) yang dimaksudkan itu merujuk kepada serbuk yang belum dibancuh dengan air. Milo yang dibancuh hanya mengandungi sekitar enam peratus gula sahaja. “Daripada enam…