Najib ikhlas bangunkan negara - Idris Haron - Utusan Malaysia

Najib ikhlas bangunkan negara – Idris Haron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang pemimpin sejati yang ikhlas membangunkan negara tanpa mengira agama, kaum dan politik walaupun seringkali ditohmah dengan pelbagai fitnah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, perkara berkenaan jelas terbukti menerusi persoalan yang pernah ditimbulkan beliau kepada Najib mengenai usaha untuk Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Katanya, kesungguhan yang ditampilkan Najib dalam menuju ke arah negara berpendapatan tinggi seakan-akan tidak bermakna kerana ada beberapa kawasan dalam bandar yang tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya katakan kepada beliau, sebagai contoh di Melaka walaupun jurang purata gaji antara kawasan berpendapatan tinggi dan rendah sangat kecil, namun ada beberapa kawasan penduduk berpendapatan tinggi itu tidak sokong kita (BN).

“Namun begitu, Najib menjawab kepada saya, dalam usaha kita nak jadikan Malaysia semakin maju, marilah kita sama-sama ikhlas melaksanakannya, jangan terlalu memikirkan soal menang atau kalah.

“Apa yang penting adalah kita sentiasa bekerja keras untuk rakyat supaya negara kita dapat sebaris dengan kebanyakan negara maju lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam syarahannya bertajuk Transformasi Pembangunan Sosioekonomi Mampan dan Inklusif menuju 2050 sempena Siri Forum Kementerian Dasar Awam Intan 2018 (IPPMFS 2018) di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×