PADANG RENGAS 10 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendoakan agar Tun Mahathir Mohamed cepat pulih setelah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam untuk mendapat rawatan. Menurut Mohamed Nazri, beliau tetap mendoakan kesihatan Tun Mahathir kerana apa juga perbezaan pendapat sesama mereka, itu cuma politik. “Dari segi kesihatan seseorang, saya sentiasa berharap beliau akan…