LPP perkasakan wanita dalam pertanian - Utusan Malaysia

LPP perkasakan wanita dalam pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK 14 Feb.- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited untuk memperkasakan peranan wanita dalam kegiatan pertanian di negara ini supaya golongan itu mempunyai keupayaan diri sendiri dalam soal kewangan dan ekonomi.

Pengerusi LPP, Tan Sri Zainal Dahalan berkata, untuk itu LPP akan memastikan semua wanita mendapat peluang, pengetahuan dan pendedahan supaya mampu bergerak seiringi dengan arus perubahan negara melalui pergerakan Peladangnita Kebangsaan

Tambah Zainal, sehingga kini 40 peratus daripada 450, 000 ahli LPP di seluruh negara juga terdiri daripada kaum wanita dan jumlah ini diyakini akan terus bertambah.

“Tahun 2018 telah diumumkan sebagai tahun memperkasakan wanita kerana golongan ini merupakan aset penting kepada negara dan LPP menyambut baik dasar ini.

“Justeru, LPP telah menambahbaik dasarnya dengan menjadikan wanita sebagai ahli jemaah pengarah di semua peringkat pergerakan pertubuhan peladang di seluruh negara,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas dalam majlis perasmikan Karnival Peladang Jaya disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×