Longgokan tayar jadi lubuk aedes - Utusan Malaysia

Longgokan tayar jadi lubuk aedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Kira-kira 8,000 penduduk dan pekerja kilang di Taman Semenyih Permata dan Kampung Sungai Lalang di Batu 23, Jalan Sungai Lalang di sini be­risiko terdedah kepada ancaman wabak denggi akibat longgokan ribuan tayar kenderaan terpakai di kawasan lapang berdekatan sebuah kilang di kawasan ber­kenaan.

Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr. Mohd. Hanif Zailani berkata, pihaknya mendapati longgokan tayar buruk yang boleh menakung air itu menjadi tempat pembiakan nya­muk aedes selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat minggu lepas.

“Nyamuk aedes berupaya terbang sehingga jarak 200 meter dari lokasi pembiakan. Dalam lingkungan radius itu, kami dapati ia boleh membahayakan nyawa pekerja-pekerja kilang serta penduduk di kawasan perumahan berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami melakukan semburan kabus untuk pertama kali pada 3 Februari lalu selepas menerima notis daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Pada masa sama, kami turut meletakkan ubat jentik-jentik pada sebahagian besar tayar-tayar tersebut sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan selain mencegah pembiakan nyamuk aedes,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×