Litrak, Sprint, LSA, Smart tawar diskaun sempena Tahun Baru Cina - Utusan Malaysia

Litrak, Sprint, LSA, Smart tawar diskaun sempena Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kira-kira 653,500 pengguna di empat lebuh raya di bawah Kumpulan Gamuda akan menikmati diskaun tol antara 20 sen hingga 60 sen sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu hadapan.

Lebuh raya terlibat adalah Lebuh Raya Shah Alam (LSA), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) dan Lebuh Raya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, pemberian diskaun itu diberikan kepada pengguna LSA, LDP dan Sprint bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 16 Februari ini.

Katanya, bagi pengguna Smart pula, mereka akan menikmati diskaun lebih awal iaitu pada 10 Februari bermula pukul 6 pagi sehingga 6 pagi keesokkan harinya.

“Diskaun tol yang akan diberikan kepada pengguna LDP adalah sebanyak 60 sen, manakala LSA pula adalah sebanyak 20 sen. Diskaun ini diberikan kepada semua kelas kenderaan.

“Bagi pengguna Smart, diskaun 30 sen akan berikan kepada kelas kenderaan satu dan empat, manakala bagi pengguna Sprint kita akan memberikan diskaun tol sebanyak 20 sen kepada semua kelas kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Rumah Jagaan Sentosa, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN