KUALA PILAH – Seorang warga emas di Kampung Padang Lebar dekat sini terpaksa menjalani rawatan rapi di hospital selepas mengalami kecederaan akibat diserang seekor babi hutan di rumahnya kelmarin. Mangsa, Marzuki Mohd. Yassin, 72, cedera pada betis kiri, kedua-dua tangan dan kepala setelah disondol serta digigit haiwan liar yang dianggarkan seberat 60 kilogram itu. Kejadian cemas tersebut disedari ibu mangsa, Iyah Bada, 89, yang kemudian menjerit meminta tolong sebaik melihat…