SHAH ALAM 14 Feb. – Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah curi motosikal selepas menangkap lima individu termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Ayie di sekitar daerah ini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin MatTaib berkata, kesemua suspek berusia 31 hingga 39 tahun itu ditahan dalam Op Lejang yang dijalankan pihaknya pada 10 hingga 11 Februari lalu. “Kita mula menangkap ketua kumpulan penjenayah ini yang dikenali dengan nama…