KUALA LUMPUR 10 Feb. – Keamanan kota Al-Quds merupakan tanggungjawab sejagat yang melibatkan masyarakat antarabangsa di semua peringkat. Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran “Tabung Untuk Aqsa Negeri Perlis” yang diadakan bersempena ‘Bengkel Pemantapan ICT’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Hotel Seri Pacific malam tadi. Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd…









