Kane kini penjaring kedua terbanyak Liga Juara-Juara 2018 - Utusan Malaysia

Kane kini penjaring kedua terbanyak Liga Juara-Juara 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 14 Feb. – Penyerang Tottenham, Harry Kane meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya meletakkan namanya di kedudukan kedua penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim ini dengan tujuh gol selepas membantu Spurs seri 2-2 menentang Juventus dalam aksi pusingan pertama 16 akhir kejohanan tersebut, awal pagi tadi.

Ketika ini penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menghuni kedudukan pendahulu penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan sembilan gol.

Jumlah jaringan diraih Kane dalam kempen kejohanan Eropah itu membolehkan dia menyamai rekod pemain Inggeris terbanyak Steven Gerrard ketika musim Liga Juara-Juara 2008/2009.

Dalam perlawanan tersebut, Kane menjaringkan gol pembukaan buat Spurs pada minit ke-35 manakala satu lagi gol kelab itu diraih menerusi Christian Eriksen sewaktu minit ke-71.

Sementara dua gol Juventus, dijaringkan oleh Gonzalo Higuain seawal minit kedua dan penalti ketika minit kesembilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×