TAWAU 13 Feb. – Seorang juragan bot penumpang warganegara Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki cuba menyeludup keluar 30 tong gas cecair petroleum (LPG) di perairan daerah ini semalam. Dalam serbuan Op Pluto Timur pada pukul 8.30 malam tersebut, bot penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran. Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim, Mohd. Yusri Hussin berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya menemukan 30 tong gas LPG bernilai lebih kurang RM27,000 di atas bot penumpang terbabit. “Hasil siasatan awal mendapati bot yang membawa muatan tong gas berkenaan dikatakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya