Jenazah empat beranak dikebumi dalam satu liang lahad - Utusan Malaysia

Jenazah empat beranak dikebumi dalam satu liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG KARANG 6 Feb – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalan Klang-Teluk Intan, Sabak Bernam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Sungai Sireh, di sini malam ini. 

Kesemua mangsa termasuk seorang bayi berusia enam bulan, Aniq Anaqi Muhammad Fazzli dikebumikan dalam satu liang lahad bersama ibunya, Munirah Abd. Rahim, 30, kira-kira pukul 9 malam selepas disembahyangkan di Masjid Jamek At-Tuqa. 

Turut dikebumikan dalam liang lahad yang sama ialah Abd. Rahim Abd. Ghani, 51, serta Siti Fatimah Amat, 55, yang merupakan ibu bapa kepada Munirah. 

Terdahulu, kesemua jenazah mangsa dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam selepas dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan. 

Sementara itu, suasana hiba dan sayu menyelubungi di tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli-ahli keluarga, rakan-rakan mangsa termasuk masyarakat setempat. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN