Jenayah indeks di Sarawak catat penurunan - Utusan Malaysia

Jenayah indeks di Sarawak catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 9 Feb. – Trend jenayah indeks di Sarawak mencatatkan penurunan berterusan sejak 2008 sehingga tahun lalu, berikutan strategi pencegahan dan kerjasama baik dengan masyarakat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, pada tahun lalu, jenayah indeks mencatatkan 6,382 kes iaitu menurun 6 peratus atau

425 kes berbanding 6,807 kes direkodkan 2016.

“Senario jenayah dan pencapaian tahun lalu menyaksikan jenayah kekerasan menurun 7 peratus, manakala dan harta benda juga turun 6 peratus.

“Jenayah harta benda seperti kes pecah rumah, curi motokar, jentera berat dan motosikal merupakan penyumbang tertinggi jenayah indeks di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Sarawak di Mes Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Pada majilis itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Sarawak, Asisten Komisioner Lee Moh Lee yang bersara wajib esok, menyerahkan jawatan kepada penggantinya, Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×