KLUANG 10 Feb. – Langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa akan mengetuai kunjungan pembangkang ke Amerika Syarikat (AS) sebagai usaha menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerlahkan hipokrasi beliau. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu sama sekali berbeza semasa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi Perdana Menteri. Menurutnya, perkara tersebut adalah sesuatu yang ‘amat pantang’ semasa Dr. Mahathir menyandang…










