SABAK BERNAM 6 Feb. – Mohammad Fazzli Tiroman, 30, sempat mencium dan memeluk anak tunggalnya yang berusia enam bulan sebelum bayi itu maut bersama isteri dan kedua-dua ibu bapa mentuanya dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalan Teluk Intan-Klang di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, selain anaknya, Aniq Anaqi, turut maut isterinya, Munira Abd. Rahim, 30, serta bapa dan ibu mentuanya, Abd. Rahim Abd. Ghani, 61,…