PUTRAJAYA 7 Feb. – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengumumkan agihan hibah Tabung Haji 2017 atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji bagi tahun kewangan 2017. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hibah itu melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion. Menurut beliau, pembayaran hibah 6.25 peratus itu akan memberi manfaat kepada 93 peratus…