Geng Sidi aktif samun kereta mewah dan klon kenderaan tumpas - Utusan Malaysia

Geng Sidi aktif samun kereta mewah dan klon kenderaan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Geng Sidi yang aktif menyamun kereta mewah dan klon kenderaan tumpas selepas kesemua lapan anggotanya termasuk ketua mereka diberkas polis dalam beberapa serbuan di sekitar negeri Selangor dan Negeri Sembilan bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang. Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya juga berjaya menemui kembali lima daripada lapan kenderaan mewah yang disyaki dilarikan oleh kumpulan terbabit di sekitar Selangor selain menyita tiga kenderaan klon.

“Kesemua suspek berusia 27 hingga 40 tahun itu diberkas dalam tempoh 20 hingga 22 Januari lalu dengan ketuanya ditangkap di sebuah rumah di Seri Kembangan, Selangor,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, kegiatan kumpulan itu terbongkar pada November lalu selepas pihaknya menerima laporan insiden langgar belakang dan samun kereta Audi A4 2.0 TFSI di Putra Perdana, Puchong.

Jelasnya, suspek dikesan selepas menggunakan kad Touch ‘n Go kepunyaan pemilik kereta Audi yang dilarikan dalam kejadian itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN