PEKAN 12 Feb. – Selepas Felda Lurah Bilut, dua lagi kawasan tanah rancangan di negeri ini akan ditransformasikan di bawah inisiatif Felda 2.0. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, dua kawasan berkenaan ialah di Wilayah Kuantan dan Wilayah Jengka yang mana pihaknya sedang menilai potensi lokasi yang boleh dilaksanakan inisiatif berkenaan. “Pahang bukan sahaja mempunyai jumlah peneroka paling ramai tetapi paling lama. Sebab itu kelebihan diberikan kepada negeri ini…










