LONDON – Empayar restoran Itali milik cef terkenal, Jamie Oliver didakwa menanggung hutang sebanyak £71.5 juta (RM390 juta), lapor portal The Sun baru-baru ini. Menurut laporan tersebut, Oliver, 42, telah merayu kepada pemilik tanah restorannya agar mengurangkan bayaran sewa dalam usaha mengurang kerugian yang dialami. Dalam satu mesyuarat tergempar pada Jumaat lalu, para peminjamnya mengundi untuk mengurangkan sewa di sesetengah restoran sehingga 30 peratus. Oliver yang berasal dari Essex, mempunyai 25 buah rangkaian Restoran Jamie’s Italian di seluruh Britain. Bagaimanapun, sebanyak 12 restoran miliknya terpaksa ditutup dengan 450 kakitangan bakal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya