SABAK BERNAM 6 Feb. – Empat beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler dalam satu kejadian kemalangan di Kilometer 43, Jalan Teluk Intan-Klang, di sini tengah hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke arah Sungai Besar sebelum terbabas ke lorong bersebelahan dan merempuh bahagian hadapan treler terbabit yang datang…